![]() |
| kek coklat topping meleleh |
Tadaaaaaaaaaaaaa!!!! Ni la hasil air tangan pertama saya buat kek...sblom ni x penah lg wat kek..rupanya wat kek ni xde la sesusah mana pun...hehehehe. Topping tu comot sikit sebab anak dara sunti saya Caca yang sapu..sibuk dia nk tlg buat..Excited sbb pertama kali tgk mama dia wat kek agaknya.. Resepi ni saya dpt dari blog http://www.ciktom.com/resepi-kek-coklat-moist-kukus-cara-mudah/#ixzz2V2gnbce2 . Tima kasih yer tuan punya resepi kerana sudi share resepi.Tp saya ada ubah skit resepi ni ikut selera tekak saya.
Resepi Kek Coklat
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula - **saya letak gula perang 3 sudu
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat manis - **yang ni saya tambah
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur
Hiasan Kek / Topping
1 sudu mentega
1 bar coklat masakan/serbuk koko 3 sudu
3 sudu susu pekat manis
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek
Cara-cara masakan;
1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)** saya kukus selama 1 jam baru masak kek coklat tu.
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.
Topping kek
1) Cairkan satu sudu mentega
2) Masukkan coklat bar/serbuk koko, dan susu cair. kacau rata.
3) Kemudian sapu di atas dan sekeliling kek.
4) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan


