Ahad, 19 Mei 2013

Nasi Ayam Sedap & Mudah

Nasi Ayam



Dah lama x masak nasi ayam sendri kat umah...rasa teringin nk makan nasi ayam air tangan sendri.. Ape lg jenuh la mencari resepi kt pakcik google.. biasa masak nasi ayam x tengok resepi pn..,,masak main ikut suka ati aje..kali ni terasa nk kelainan sket...cari punya cari jumpa la resepi nasi ayam mudah & sedap ni kt blog Azie Kitchen http://aziejaya.blogspot.com . Mmg best  resepi Azie ni... Paling best bila tgk hubby makan bertambah-tambah. Hilang penat memasak tu. Mohon share kt sini yer.. Ok mari kita tgk bahan-bahan untuk nasi ayam ni


Bahan-bahan
 

Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya -saya potong 4
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk



Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
 Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
 Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.

  
Ayam yg telah digoreng


Untuk nasi

5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk

2 helai daun pandan
Pewarna kuning
1. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
2.  Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

sos

Untuk sos
5 biji cili merah - sya tambah lg 5 biji cili merah dan 5 biji cili api
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam  1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
1. Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Masak di atas api perlahan hingga mendidih dan agak pekat



Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

1. Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

kicap

 
Untuk kicap 

Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
1. Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.


ulam-ulaman

 



 Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran.  Selamat Menjamu Selera!!!!!




Tiada ulasan: