Khamis, 12 Disember 2013

Kebaikan Vitamin E Shaklee



Jeng...jengg..ini vitamin kesukaan sya...sgt baik utk kulit.. Insyaallah saya akan tetap dengan vitamin ini kerana saya telah merasai kesannya pada kulit saya!

:)Antara kelebihan vitamin E:

¬ Vitamin penting untuk kecantikan kulit
¬ Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida
¬ Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit
¬ Mempercepatkan proses pemulihan kulit,bagus untuk mereka yang mempunyai kulit kering
¬ Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
¬ Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit serta menghilangkan parut-parut
¬ Awet muda Bagus kan uols?

Banyak lagi kebaikan vitamin e ini selain dari yang saya nyatakan di atas. Perlu diingat ya bukan semua vitamin e yang berada di pasaran boleh diserap dengan baik oleh tubuh badan kita. Jadi, sebelum uols melaburkan sejumlah wang yang belum pasti dapat memberikan pulangan yang baik, beralihlah kepada vitamin e dari sumber semulajadi dan tentunya dari keluaran Shaklee. 



Whatsapp/sms sya laju2 utk dpt produk ini...012 2629162 

ESP Shaklee - terlaris di pasaran

ESP..ESP..ESP..HOT ITEM

ESP Untuk Pelbagai Khasiat

1. ESP + Vita-E Complex: kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap

2. ESP + OmegaGuard: kurangkan risiko keguguran @ bayi pra-matang
...
3.ESP + Vita-Lea Iron Formula: kesihatan optimum

4. ESP + Lecithin: mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/kurus

5. ESP + Alfalfa Complex: payudara anjal/milk booster

6. ESP + GLA Complex: ikhtiar untuk hamil

7. ESP + OsteMatrix: sakit kepala/kurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu

8. ESP + Zinc Complex: sembuhkan luka bersalin @ pembedahan

9. ESP + Performance Drink: kekal bertenaga ketika berpuasa.





SMS/Whatsapp utk dptkan ESP ini..012 2629162 


GLA Shaklee






Khasiat gla complex
· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.




Pm/whatsaap..012 2629162


Sape2 yg ade masalah di atas boleh dpt kn produk ni dgn sya..
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia...


Vitamin Zinc Shaklee

Lame nye x update blog ni...dh bersawang pun..angin malas dtg melanda...hehehe
Bila dh dtg angin malas tu satu keje pn x jadi...tmbah2 lak bila balik keja tu penat..

Ok laaa..arini nk bercerita pasal vitamin shaklee yg sememangnya ramai yg dh tau tentang kebaikannye..
Sya pun baru je mencuba produk ni dlm sebulan lbh setelah diperkenalkan oleh seorg kwan yg menjual shaklee ni..

Saya ni ade masalah rambut gugur yg agak serius..tiap kali cuci rambut mesti penuh kt tapak tngn..smpai naik takut melihat nye..dh cuba bermcm2 syampoo sy cuba tp x berhasil pn..
Kawan sy ni suruh sy cuba vitamin zinc shaklee utk rawat rambut gugur..dia kata vitamin ni bole kuatkan akar rambut..Alhamdulillah setelah sebulan lebih mengambil vitamin ni..keguguran rambut saya telah berkurangan...

Ini lah vitamin zinc complex tu..ade 120 tablet...bole tahan utk 4 bulan..byk lg kebaikan vitamin zinc ni..ade 17 kebaikan zinc ni...

  • Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.
  • Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.
  • Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  • Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.
  • Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
  • Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  • Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  • Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.
  • Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.
  • Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  • Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .
  • Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  • Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.
  • Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.
  • Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut
  • Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.
  • Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.



    Sape2 yg beminat utk dptkan vitamin shaklee ni..boleh la sms/whatsapp sya..012 2629162



Ahad, 2 Jun 2013

Kek Coklat Kukus Mudah

kek coklat topping meleleh



Tadaaaaaaaaaaaaa!!!! Ni la hasil air tangan pertama saya buat kek...sblom ni x penah lg wat kek..rupanya wat kek ni xde la sesusah mana pun...hehehehe. Topping tu comot sikit sebab anak dara sunti saya Caca yang sapu..sibuk dia nk tlg buat..Excited sbb pertama kali tgk mama dia wat kek agaknya.. Resepi ni saya dpt dari blog http://www.ciktom.com/resepi-kek-coklat-moist-kukus-cara-mudah/#ixzz2V2gnbce2 . Tima kasih yer tuan punya resepi kerana sudi share resepi.Tp saya ada ubah skit resepi ni ikut selera tekak saya.

Resepi Kek Coklat
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula - **saya letak gula perang 3 sudu
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat manis - **yang ni saya tambah
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur

Hiasan Kek / Topping
1 sudu mentega

1 bar coklat masakan/serbuk koko 3 sudu
3 sudu susu pekat manis
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek

Cara-cara masakan;

1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)** saya kukus selama 1 jam baru masak kek coklat tu.

*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.

Topping kek

1)  Cairkan satu sudu mentega
2)  Masukkan coklat bar/serbuk koko, dan susu cair. kacau rata.
3)  Kemudian sapu di atas dan sekeliling kek.
4) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan








Jumaat, 24 Mei 2013

Nasi Daging Ayam Panggang

Nasi Daging Ayam Panggang


Hari Ahad lepas dh masak nasi ayam..hmmm ari ni pulak masak nasi daging makan bersama ayam panggang. Masak ayam panggang tu bkn ape, Mr hubby & ank dara kt umah ni kalo tak ade ayam dlm menu harian..mula la mkn pn slow jer..maklum la peminat tegar ayam..hehehehe.. ape pun mmg sedap nasi daging ni dimakan bersama ayam panggang dan air asam..mari kita tgk resepi..resepi sy amik dari blog http://www.myresipi.com. Tp sya buat separuh dri resepi ni..makan 3 beranak jer..tu pun dh stok sampai ke makan malam skali.... Mari kita tgk resepi..mntk maaf yer.. sya dh ubah suai sket resepi ni.



 Nasi Daging

Bahan-bahan 

  • 1 kilo beras Basmathi ( saya buat 3 cawan beras)
  • 1/2 kilo daging ( potong nipis2)
  • 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 inci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • Sedikit mentega/ minyak sapi
  • 1/2 cawan tomato soup(saya guna 1 biji tomato yg dipotong dadu-tumis bersama bahan tumis)
  • 1 cawan susu cair(saya guna 1/2 cawan je)
  • sedikit garam 
  • 4 cawan air rebusan daging
  • Sehelai daun pandan -disimpulkan(daun pandan ni sya tambah sendiri utk bg wangi)

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut Adabi, rempah kurma dan sedikit garam.
  2. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya.
  3. Basuh beras dan toskan.
  4. Tumis halia, kulit kayu manis,daun pandan, dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau.
  5. Masukkan beras dan kacau sekejap.
  6. Masukkan air rebusan daging. Kalau beras (disukat) satu mangkuk pastikan air rebusan juga satu mangkuk.
  7. Bila beras sudah agak kembang, masukkan tomato soup dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
  8. Hidangkan Nasi daging dengan air asam (tomato, bawang besar, hirisan cili merah, air asam pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula sesedap rasa) dan daging yang telah direbus tadi.
Nasi Daging Ayam Panggang


Ayam Panggang








Ahad, 19 Mei 2013

Nasi Ayam Sedap & Mudah

Nasi Ayam



Dah lama x masak nasi ayam sendri kat umah...rasa teringin nk makan nasi ayam air tangan sendri.. Ape lg jenuh la mencari resepi kt pakcik google.. biasa masak nasi ayam x tengok resepi pn..,,masak main ikut suka ati aje..kali ni terasa nk kelainan sket...cari punya cari jumpa la resepi nasi ayam mudah & sedap ni kt blog Azie Kitchen http://aziejaya.blogspot.com . Mmg best  resepi Azie ni... Paling best bila tgk hubby makan bertambah-tambah. Hilang penat memasak tu. Mohon share kt sini yer.. Ok mari kita tgk bahan-bahan untuk nasi ayam ni


Bahan-bahan
 

Untuk rebus
1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya -saya potong 4
2 ulas bawang putih
2 cm halia yg diketuk



Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak bijan
 Ayam dipotong ikut suka besarnya, bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.
 Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.
Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.

  
Ayam yg telah digoreng


Untuk nasi

5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia - ditumbuk
4 ulas bawang putih – ditumbuk
air rebusan ayam secukupnya
Sedikit garam
1 bunga lawang
2 buah pelaga
1 kayu manis
1 batang serai – ketuk

2 helai daun pandan
Pewarna kuning
1. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
2.  Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa. 

sos

Untuk sos
5 biji cili merah - sya tambah lg 5 biji cili merah dan 5 biji cili api
5 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam  1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
1. Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Masak di atas api perlahan hingga mendidih dan agak pekat



Untuk sup
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
Rempah sup
Garam
Daun sup yg dihiris.

1. Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

kicap

 
Untuk kicap 

Kicap manis cap kipas udang
Gula
3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
Air rebusan ayam
1. Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.


ulam-ulaman

 



 Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran.  Selamat Menjamu Selera!!!!!




Isnin, 13 Mei 2013

Kek-kek yg gojes n sedap


Mari kita jamu mata tgk kek-kek yang cntik n sedap ni

                                                                         Pavlova

    
                                                         RV Kek ( Kek Baldu Merah)

 
                                                              Brownies Cheese Cake


                                                                Tiramisu...my fev!!! yummmyyy


                                                                          Pavlova


Ahad, 7 April 2013

Daging Bakar Cicah Air Asam

                                                                           Daging Bakar


Lunch arini masak yg bakar/panggang aje...ari2 masak yg goreng2 pn boring gak kn..so ari ni menu daging bakar, ayam panggang n sup ayam..sayur lak salad n tomato jer. Malas lak nk masak sayur. Daging bakar ni mmg best cicah ngn air asam.. Berbaloi masak tgk ank & mr.huby tambah nasi smpai 2 kali..abis licin smuanya...nmpknya dinner nnt kena pkir  masak lain lakkk..

Nak letak resepi daging bakar ni pun simple sgt bahan2nya... sya hanya letak garam,kunyit, sesudu serbuk secukup rasa n perap pn x smpai 1/2 jam..trus bakar guna pemanggang ajaib tu..mmg senang n cepat masak..daging pn lembut n empuk..

***pic ayam panggang x sempat nk snap td...ank dh x sabor nk makan :)

Sabtu, 6 April 2013

Kuey Teow Ladna

                                                                  Kuey teow ladna



Hari ni balik keja rasa malas lak nk masak nasi tuk lunch...mmg kalo ari sabtu malas sgt nk masak nasi n lauk pauk bagai...nape la angin malas ni asik dtg je skrg ni..tp malas2 pn kena masak gakk...nnt kan ank dara yg sorg tu merengek2 lapar...d sebabkn malas smlm masa kuey teow ladna je...simple n senang sgt...nk kuah yg sedap kena guna air rebusan ayam atau daging yer..sayur lak terpulang nk letak syur ape2 pn..tp jgn la letak seribu 1 mcm syur lak...hehehe

Bahan2..

Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap ngn kicap manis jap...pastu d goreng tanpa minyak
15 ekor udang - terpulang la yer nk letak bape ekor pn...
Isi ayam
Daging..
4 ulas bawang putih - di tumbuk
5 biji cili api - ni terpulang yer nk buh bape biji
2@ 3 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
1 kiub ayam
sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
1 biji karot
seikat sawi
sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah
Bawang goreng n daun sup tuk hiasan.- daun sup x buh pn..lupa nk beli

   Cara2


  1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning. masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil2.
  2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram n sos ikan... goreng seketika. masukkan air mengikut keperluan.
  3. masukkan kiub ayam dn lobak merah terlebih dahulu.
  4. bila dah nak mendidih masukkan cili padi, sawi, udang, lada hitam tumbuk, garam dan ajinomoto. 
  5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.
  6. Setelah kuah mendidih bolehlah dihidang bersama kueh teow. 










Ahad, 31 Mac 2013

KETAM MASAK LEMAK CILI API

                                                               ketam tgh mendidih


Tringin lak nk mkn ketam masak lemak cili api..kegemaran mr hby ni..tp ketam ni saiz kecik jer...puas cari ketam besar xde...susah nk dpt..
ape2 pn xpe la ..janji dpt mkn ketam..tekak ni dh teringin sgt nk makn ketam..

 BAHAN-BAHAN
1kg ketam - x kisah ketam apa pun (basuh n kerat 2, senang sikit nak makan)
*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit kunyit hidup
*5 tangkai cili api (ikut selera klu nak pedas letak lebih)
(bahan bertanda* ni tumbuk halus) 
santan dari sebiji kelapa
2 batang serai(dititik)
sehelai daun kunyit(koyak2 je...)
1 keping asam keping (optional)
simpan sikit santan pekat letak dlm mangkuk lain
belen santan masuk dalam kuali @ periuk (anggaran sampai ketam tenggelam)
masuk ketam, masukkan bahan tumbuk tadi, asam keping,serai n daun kunyit
bolehlah hidupkan api sederhana, kacau hingga mendidih
bila dah mendidih renehkan sampai ketam masak
last masukkan santan pekat yang simpan sikit tadi
renehkan sebentar dan bolehlah dihidang..

pastu leh la makan yerrr!!!



                                                                Dh siap dihidang

Khamis, 28 Mac 2013

Agar2 Cendol





Lama dah  nk buat agar2 ni..tp asik tertangguh jer..biasala kalo dh angin malas dtg melanda tu..smua pn x jd..hehehehe.. td dh mr hby pn asik tnya2 bila nk wat agar2 ni..terpaksa la rajin2 kn diri..resepi ni aku dpt dr seorg kawan..mmg sdap agar2 dia ni...


bahan2:

20gm agar2 ( sepeket )
4 cawan air
1 cawan gula
1 cawan santan pekat
2 cawan cendol
1 cawan gula merah @2 keping nise @ 1 1/2 ketul gula melaka
sedikit garam

cara2:

1. rebus agar2 sehingga mendidih
2. mskkn gula putih dn biarkn mendidih lg..tapis kan
3. bahagikan adunan kepada 2 bahagian
4. satu bahagian dimasukkn gula merah( yg telah dimasakn dgn 1 cawan air).
5. setelah mendidih,tapiskan dan msukkan dlm loyang..biarkn sekejap. jgn terlalu keras nnt adunan x melekat.
6. 1 bahagian lg dipanaskan, masukkn santan,cendol n secubit garam..
7. kacau rata n tuang atas adunan gula merah td